suria

Berjudi Di Tempat Terbuka, Dua Penjawat Awam Didenda

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Dua penjawat awam masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bermain judi di tempat terbuka, tahun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhamad Safwan Musa, 21, dan Idris Mohd Adnan @ Che Omar, 26, kerana bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka di Wangsa Maju, di sini pada 30 Disember 2016.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mereka menanggung keluarga manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. - BERNAMA

penjawat awam, berjudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain