suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu Rumah Maut Dipercayai Didera Majikan

GEORGE TOWN: Pembantu rumah warga Indonesia berusia 38 tahun ditemui maut di kediaman majikannya di Jelutong, di sini.

Polis kini sedang menyiasat majikannya kerana disyaki melakukan penderaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Jubaedah meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi, Sabtu dan majikannya mendakwa mangsa terjatuh di rumah itu.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan ada kesan kecederaan seperti retak pada tulang rusuk dan calar pada tubuh mangsa.

Majikannya adalan pasangan berusia dalam lingkungan 40an ditahan polis bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jubaedah, Jelutong

Artikel Berikut

Cuepacs Bantah Johor Tubuh SPBT

Artikel Lain