suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media Masih 'Berkampung' Di Luar Kedutaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Dua minggu selepas kejadian pembunuhan Kim Jong-nam, bagaimanapun media tempatan dan luar negara masih 'berkampung' di luar pejabat Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, di sini.

Menunggu dengan penuh kesabaran di luar pejabat itu, mereka datang dengan payung besar berikutan hujan berterusan sejak awal pagi Isnin.

Situasinya tenang sehingga kira-kira pukul 10 pagi apabila kaunselor kedutaan itu, Kim Yu-song meninggalkan pejabat itu dengan kenderaan rasmi.

Wakil media bergegas ke arah kereta itu sebaik pagar kedutaan dibuka dengan harapan berpeluang mendapatkan komen Yu-song.

Bagaimanapun semua wakil media hampa apabila Yu-song tidak memberi sebarang maklum balas dan mereka kembali untuk terus menunggu bagi mendapatkan bahan berkaitan kes Jong-nam.

Jong-nam maut beberapa minit selepas diserang dua wanita menggunakan senjata kimia, agen saraf VX di KLIA2 pada 13 Februari lalu ketika menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau.

Korea Utara, Kim Yu-song

Artikel Sebelum

Cuepacs Bantah Johor Tubuh SPBT

Artikel Lain