suria

Sehari Sebelum Jong-nam Dibunuh, Siti Aisyah Rai Sertai 'Program Realiti'

Siti Aisyah (kiri) bersama dua rakannya, sehari sebelum berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam. fotoChinaPress
PETALING JAYA: Sehari sebelum pembunuhan, Siti Aisyah telah keluar bersuka ria dengan rakan-rakannya.

Salah seorang kawan rapatnya yang bercakap kepada China Press dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan berkata rakan-rakan Siti Aisyah telah mengadakan majlis hari jadi untuknya di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Majlis itu dibuat sehari sebelum Siti Aisyah dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam satu 'rancangan realiti'.

Dalam video yang ditunjukkan kepada akhbar tersebut, Siti Aisyah ketawa dan tersipu malu menutup mukanya apabila rakan-rakannya berkata bahawa dia bakal menjadi 'artis'.

Dia lahir pada 11 Februari.

"Saya tak percaya Siti Aisyah akan membunuh seseorang hanya untuk wang.

"Ia mustahil. Saya rasa dia telah diperangkap," kata rakannya, sambil menambah beliau terkejut apabila Siti Aisyah telah dinamakan sebagai salah seorang suspek yang membunuh Kim Jong-nam.

Jong-nam adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Beliau berkata Siti Aisyah tidak tahu dan tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan itu.

Walaupun tidak tahu kebenarannya, beliau percaya bahawa Siti Aisyah tidak bersalah.

"Orangnya ringkas dan berharap dapat menceburi industri hiburan satu hari nanti.

"Saya tahu tentang cita-citanya itu kira-kira setahun lalu," katanya.

Beliau berharap Siti Aisyah akan dibebaskan tidak lama lagi dan dapat bersatu semula dengan keluarganya di Indonesia.
Siti Aisyah, Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain