suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Perak Bakal Tampil Lebih Banyak Calon Muda PRU-14

Zambry Abd Kadir.

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak bakal menampilkan lebih banyak muka baharu terutama daripada golongan muda sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Menteri Besar selaku Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan sebahagian proses peremajaan parti demi kelangsungan parti dalam mengukuhkan kedudukan BN di Perak.

"Sudah tentu untuk melihat proses peremajaan parti, kita tidak boleh menafikan peranan orang muda termasuk golongan wanita dalam parti. 

"Apa yang pasti akan ada calon-calon daripada golongan muda dalam PRU14," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Perak Bersama Menteri Besar di sini, Ahad. 

Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Zambry berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan latihan melibatkan kesemua jentera khas parti di setiap bahagian di Perak bagi mengkaji dan menyelesaikan sekiranya terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Mana-mana pihak yang mahu bertanding dalam pilihan raya mereka perlu bersiap sedia dalam pelbagai aspek kerana kita tidak boleh terlalu yakin," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain