suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Kanan MAHB Bebas Reman Jaminan RM40,000

Pengurus besar kanan MAHB direman selama empat hari sebelum ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program kelangsingan. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak Khamis lepas bagi siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan, dibebaskan pada Ahad.

Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin.

Lelaki itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari sejak Khamis lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.      

Laporan media sebelum ini menyebut pegawai itu disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah. 

Difahamkan, kad kredit berkenaan hanya untuk kegunaan rasmi berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard Syarikat. - Bernama

Artikel Lain