suria

ICJ Keluarkan Teks Permohonan Malaysia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpejabat di The Hague telah mengeluarkan teks penuh permohonan Malaysia bagi semakan kehakiman terhadap penghakiman pada 2008 mengenai Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.

Fakta baharu yang mendorong Malaysia untuk memohon bagi semakan itu terkandung dalam tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom. 

Dokumen itu ialah surat menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.

Dokumen itu ditemukan di National Archives antara 4 Ogos, 2016, dan 30 Januari, 2017.

Dalam permohonan 18 muka surat itu, Malaysia berkata dua daripada dokumen itu hanya didedahkan kepada umum pada tahun berkenaan sejak ICJ memberikan penghakiman pada 2008 manakala tarikh pengeluaran dokumen ketiga itu tidak diketahui. - BERNAMA

Batu Puteh, ICJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain