suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Ketua Pembangkang - Azmin

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai Ketua Pembangkang ketika negara bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata sedemikian apabila ditanya tentang komen Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangkan Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang.

Sementara itu, Azmin berkata, beliau tidak pasti sama ada PKR menerima jemputan untuk menyertai himpunan RUU335 pada minggu depan yang dianjurkan oleh PAS.

"Jangan buat spekulasi sama ada kami (PKR) dijemput atau tidak," kata Azmin.

PAS merancang mengadakan himpunan itu di Dataran Merdeka pada 18 Februari bagi menyokong usul Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang Rang Undang-Undang Persendiriaan yang dibentangkan di Parlimen pada Mei tahun lalu.

Usul itu bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkhamah Syariah dengan pelaksanaan hukuman yang lebih tegas berhubung kesalahan berkaitan syariah.

Ditanya tentang kenyataan Hadi bahawa Tun Mahathir melemahkan kuasa politik orang Islam, Azmin berkata: "Itu adalah pandangan peribadi beliau."

Azmin Ali, Wan Azizah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain