suria

RUU Warga Emas Dibentang Bulan Depan

PUTRAJAYA: Entiti persendirian yang menyediakan perkhidmatan jagaan warga emas akan diselia di bawah akta baharu bagi memastikan standard minimum dapat dipenuhi.

Rang Undang-Undang (RUU) Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang diluluskan Kabinet pada Rabu akan dibentangkan di Parlimen dan dikuatkuasakan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kerajaan mahu peraturan itu dikuatkuasakan untuk melindungi warga emas kerana dijangka kira-kira 15% daripada populasi penduduk Malaysia akan berusia 60 tahun ke atas pada 2030.

"Oleh itu, kami akan dianggap sebagai negara tua. Akan ada perkembangan terbaharu dan model perniagaan baharu di mana bilangan kemudahan penjagaan peribadi untuk warga emas dijangka meningkat.

"Kami perlu memastikan terdapat satu standard minimum untuk memberi jaminan bahawa mereka menyediakan perkhidmatan bagi warga emas yang benar-benar terbaik dan profesional," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut pada Rabu.

Artikel Lain