suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Tidak Setuju Langkawi Dijadikan Wilayah Persekutuan

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak bersetuju dengan cadangan hendak menjadikan Langkawi sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, sebagai `tuan tanah', kerajaan negeri mempunyai hak untuk membantah cadangan berkenaan.

"Justeru, kami bukan saja membantah sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan malah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang," katanya kepada media selepas merasmikan Program Memorial Tunku Abdul Rahman di Rumah Merdeka di sini, Rabu.

Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan.

Mengenai Pulau Pinang, Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan Pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang setiap tahun mengikut harga semasa.

Bayaran pajakan itu ditandatangani melalui Perjanjian Pajakan 1786.

"Cukuplah selama ini kita rugi dan kini ada pihak yang mahu mengambil Pulau Langkawi pula. Bila merdeka, Pulau Pinang dimasukkan sebagai sebuah negeri secara senyap-senyap tanpa mengira perjanjian pajakan yang telah dimeterai dahulu.

"Kalau tidak ada, untuk apa mereka (Pulau Pinang) masih membayar RM10,000 itu setiap tahun dari dahulu sehingga sekarang malah terpaksa dimasukkan ke dalam bajet kerajaan mereka. Seolah-olah ada akujanji berkaitan pajakan ini," katanya.

Mohd Rawi berkata, kerajaan Kedah telah menghantar surat kepada kerajaan Pusat pada bulan lalu berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA 


Langkawi, Wilayah Persekutuan, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain