suria

Pramugari SIA Kelahiran P.Pinang Ditemui Mati Di Bilik Hotel

SINGAPURA: Seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) kelahiran Pulau Pinang ditemui mati di sebuah bilik hotel di San Francisco pada Selasa, beberapa jam sebelum dia sepatutnya menaiki penerbangan berlepas dari bandar raya itu, menurut sumber.

Vanessa Yeap yang dipercayai berusia dalam lingkungan lewat 30an atau awal 40an merupakan ketua pramugari bagi penerbangan dari Singapura ke San Francisco, dan transit di Hong Kong, menurut temannya, seorang kru kabin yang enggan dikenali.

Menurut sumber yang tidak menaiki penerbangan sama, Yeap dikatakan tidak sihat semasa kru kabin tiba di San Francisco, kira-kira dua hari sebelum penerbangan pulang.

Penerbangan pulang dari San Francisco dijadualkan pada kira-kira pukul 1 pagi Rabu, yang memerlukan anak kapal mendaftar keluar dari hotel antara pukul 10 malam ke 11 malam Selasa.

Bagaimanapun, Yeap tidak muncul di lobi hotel sebelum ditemukan mati oleh rakan setugas yang datang untuk memeriksa keadaannya.

Mereka cuba untuk memulihkannya tetapi gagal.

The Straits Times difahamkan bahawa Yeap telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu selama kira-kira 15 tahun sehingga 20 tahun.

Mendiang dikatakan masih bujang tetapi mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Abang Yeap kini dalam penerbangan ke San Francisco bagi menuntut mayat adiknya. - The Straits Times/Asia News Network



Vanessa Yeap, Singapore Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Lain