suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cameron Highlands Paling Sejuk Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pusat peranginan terkemuka Cameron Highlands merupakan kawasan paling sejuk di Malaysia ketika ini, apabila mencatat suhu terendah, 16 darjah Celcius pada Januari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata faktor cuaca, hujan yang kerap pada Januari dan kadar liputan awan, memberi kesan kepada bacaan suhu yang dicatatkan.

Cameron Highlands pernah melakar sejarah sebagai kawasan yang  mencatat suhu paling rendah dalam negara iaitu 7.8 darjah Celcius pada Februari 1978, katanya kepada Bernama di sini.

"Ia direkodkan pada ketinggian 1,471.6 meter dari purata paras laut," tambahnya seperi dilaporkan Bernama.

Beliau berkata di kawasan tanah rendah, tiada sebarang rekod suhu rendah melebihi paras minimum, dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Cameron Highlands

Artikel Lain