suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Lelaki Gila Seks Ganggu Wanita Berjoging

Gambar hiasan.

BAGAN SERAI: Polis memburu seorang lelaki yang didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang berjoging di sekitar kawasan kompleks Mini Stadium di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya telah menerima aduan mangsa berusia 32 tahun yang mendakwa lelaki berkenaan telah memanggilnya ketika berjoging sebelum menunjukkan aksi lucah terhadapnya.

"Kami akan menyiasat insiden tersebut bagi menjamin keselamatan golongan wanita yang berjoging di kawasan rekreasi berkenaan," katanya.

Dalam insiden 24 Januari lepas, mangsa mendakwa seorang lelaki menunjukkan aksi yang tidak senonoh ketika beliau berjoging pada pukul 8.45 pagi di kawasan berkenaan. - BERNAMA


lelaki gila seks, Bagan Serai

Artikel Berikut

Artikel Lain