suria

Lapan Termasuk Anak Timbalan Menteri Didakwa Esok

Amar Singh.

KUALA LUMPUR: Lapan individu termasuk anak seorang timbalan menteri yang merusuh di lobi bangunan Parlimen pada November tahun lalu akan didakwa di mahkamah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata kelapan-lapan mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen negeri pada Khamis.

Beliau berkata, lapan individu itu termasuk tiga wanita masing-masing berusia antara 33 dan 55 tahun.

Firdaus Tajuddin, anak lelaki Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman didakwa terlibat dalam serangan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di perkarangan bangunan Parlimen pada 24 November lalu.

Khalid dikerumuni kumpulan berkenaan sebaik sahaja beliau keluar dari keretanya yang diletak bersebelahan pintu masuk ke Dewan Rakyat.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila Khalid memanggil Tajuddin sebagai 'menteri sial' pada persidangan Dewan Rakyat, November lalu.

Ia berlaku selepas Tajuddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai "satu-satunya wanita di Seputeh yang mempunyai 'Kok."



Firdaus Tajuddin, rusuhan, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain