suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Menteri Baharu Sarawak Dijangka Angkat Sumpah Pada Jumaat

KUCHING: Ketua Menteri Sawarak yang baharu dijangka mengangkat sumpah untuk menggalas tugas tersebut pada Jumaat.

Difahamkan, majlis angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang di Astana, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Ekoran kematian mengejut Tan Sir Adenan Satem pada Rabu lalu, tiga nama disebut sebagai pengganti Allahyarham.

Ketiga-tiga nama tersebut adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dan Naib Presiden, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Abang Johari dan Uggah merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak manakala Awang Tengah adalah Menteri Kedua Alam Sekitar dan Perancangan Sumber.

Mengikut konvensyen, ketua menteri perlu dilantik dari PBB yang merupakan parti terbesar di negeri itu.

PBB memiliki 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia