suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Celebes Sea: Beberapa Kawasan Di Sabah Rasai Gegaran

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah mengalami gegaran berikutan kejadian gempa bumi magnitud 7.3 melanda Celebes Sea.

Orang ramai yang berada di dalam beberapa buah bangunan merasai gegaran ketika kejadian berlaku pukul 2.13 petang, kira-kira 466 kilometer dari timur Semporna.

Gegaran turut dirasai di beberapa di kawasan timur ibu negeri ini, termasuk Sandakan dan Tawau.

"Kepala saya pening ketika gegaran berlaku," jelas salah seorang pekerja di Sembulan.

Manakala seorang lagi penjawat awam, Cleophas John Gordon yang berada di pejabat tingkat ketiga berkata, kerusinya bergoyang dan apabila berdiri dia mengalami sakit kepala.

"Perkara pertama yang datang ke fikiran adalah untuk keluar dari pejabat, dan saya menggunakan tangga untuk turun dari tingkat tiga," katanya.

Gempa bumi, Clebes Sea, Sabah

Artikel Berikut

Artikel Lain