suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Mati Dalam Tahanan Polis: Balu Peroleh Ganti Rugi RM357,500

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin membenarkan ganti rugi berjumlah RM357,500 kepada seorang balu, yang suaminya meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 2012, setelah memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis.

Hakim, Datuk S.Nantha Balan turut memerintahkan kesemua defendan, termasuk ketua polis negara ketika itu, kerajaan Malaysia dan lima pegawai polis supaya membayar kos RM50,000 kepada balu itu, N.Selvi, 46, dan anak perempuannya, C.Rita, 23.

Dalam penghakiman 86 muka surat, Hakim Nantha menegaskan bahawa defendan telah melanggar tanggungjawab penjagaan mereka terhadap si mati, P.Chandran, 47, yang ditahan polis setelah disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang bayi yang baru dilahirkan.

Beliau berkata, kematian si mati disebabkan kecuaian defendan yang gagal menghantarnya ke hospital untuk rawatan dalam keadaan apabila adalah jelas bahawa tingkah laku tahanan itu agak ganjil dan defendan telah pun dimaklumkan bahawa dia tidak sihat serta memerlukan rawatan perubatan.

"Saya berpendapat bahawa liabiliti bagi kecuaian (akibat kealpaan) dan salah laku awam telah diwujudkan terhadap defendan," katanya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain