suria

PBSNB Umum Agihan Bagi BSN Dana Al-Ifrah, Al-Jadid

Kamarul Izam Idrus.

KUALA LUMPUR: Permodalan BSN Bhd (PBSNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 0.70 sen, atau RM1.75 juta, bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) dan 0.85 sen, atau RM2.03 juta, bagi BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2016.

"Semua pelaburan semula agihan pendapatan bagi Al-Ifrah dan Al-Jadid adalah dalam bentuk unit dan akan dilakukan pada hari bekerja ketiga selepas pengumuman tersebut," menurut anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB, Kamarul Izam Idrus berkata, pihak lembaga pengarah dan pengurusan mengucapkan terima kasih kepada para pelabur atas kesetiaan mereka. 

"Kami akan sentiasa berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang," katanya. 

PBSNB mula beroperasi pada Januari 1995 sebagai pengurus dana unit amanah dan menguruskan dana unit amanah, dana pasaran wang dan mandat peribadi. - Bernama

Kamarul Izam Idrus, BSN, PBSNB

Artikel Lain