suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna Beg Mesra Alam, Bukan Suruh Rakyat Beli Plastik - Noh

Noh Omar.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Januari lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih.

"Matlamat untuk wujudkan persekitaran bersih tidak akan tercapai sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan.

"Justeru, alternatif lain perlu dirancang seperti menggalakkan pemberian beg terbiodegradasi yang lebih mesra alam, dan bukannya suruh rakyat beli beg plastik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada 380 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan 380 setiausaha JKKKP Selangor di sini, Isnin. 

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dilapor berkata, bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik itu adalah selaras dengan 'Kempen Selangor Bebas Plastik' yang berkuat kuasa 1 Januari lepas. - Bernama

Artikel Lain