suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Staf JKR Cemas Merkuri Termometer Tumpah

GAMBAR FAIL

SEREMBAN: Kira-kira 20 warga kerja Jabatan Kerja Raya di tingkat dua Blok A Wisma Negeri di sini terpaksa meninggalkan pejabat susulan tumpahan merkuri daripada seunit termometer dinding.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N. Sundradarum berkata sebuah jentera dan lima anggota digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 11.13 pagi Isnin/

"Pemeriksaan mendapati termometer yang dipasang di dinding pejabat terjatuh dan pecah, menyebabkan merkuri di dalamnya tumpah. Kami mengungsikan pejabat sebelum meminta bantuan Hazmat untuk kerja-kerja pembersihan," katanya ketika dihubungi Bernama

Beliau juga berkata keadaan didapati tidak berbahaya kerana kuantiti merkuri yang tumpah adalah sedikit dan semua petugas dibenarkan kembali ke pejabat selepas kerja-kerja pembersihan selesai.

Merkuri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain