suria

Usaha SPRM Bukan Bermusim - Zahid Hamidi

BAGAN DATUK: Usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu-individu berjawatan besar kerana terlibat dalam jenayah kolar putih bukan tindakan bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan usaha tersebut akan diteruskan setiap masa tanpa sebarang kompromi kerana ia penting bagi memberi imej baik kepada negara.

"Penangkapan oleh SPRM adalah langkah yang menterjemahkan komitmen kerajaan khususnya kepimpinan baharu SPRM bukan hanya ikan bilis tapi jerung-jerung besar dapat dihapuskan.

"Seperti yang kita tahu indeks amalan rasuah agak tinggi di dalam senarai yang dikeluarkan beberapa badan peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan Bagan Datuk sebagai daerah pentadbiran ke-12 di sini ini.

Pengisytiharan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika dimintas mengulas penahanan beberapa individu oleh SPRM sejak minggu lalu termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Beliau berkata sesuatu pembangunan tidak hanya perlu menekankan kepada kemajuan semata-mata, sebaliknya perlu memberi penekanan terhadap aspek sosial.

Timbalan perdana menteri turut meletakkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan SPRM yang diterajui Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad dengan dibantu beberapa timbalan ketua pesuruhjaya termasuk Datuk Azam Baki yang bertanggungjawab terhadap operasi.

Zahid Hamidi, SPRM

Artikel Lain