suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Edar Dadah: Pengusaha Katering Terlepas Hukuman Gantung

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepas dan membebaskan seorang pengusaha katering tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan mengedar 7.74 kilogram dadah jenis kanabis.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Fauzan Md Said, 37, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohamad Shariff berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan pemilikan terhadap dadah tersebut yang ditemui di dalam kenderaan isterinya.

Muhammad Fauzan didakwa mengedar dadah itu di kawasan parkir kereta di bawah Blok B, Flat Pantai Ria, Pantai Dalam, Brickfields, di sini pada 8 malam, 8 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 8 November lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh. - BERNAMA

Edar Dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain