suria

Warga Emas Hadapi Empat Pertuduhan Pemergagangan Manusia

TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga asing untuk eksploitasi seks, Ogos tahun lalu.

Lie Haa, 73, dari Kampung Pahang, di Tapah, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesemua tuduhan itu di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwamemperdagangkan tiga wanita rakyat Vietnam dan seorang rakyat China berusia antara 24 hingga 44 tahun, bagi maksud eksploitasi seks pada kira-kira pukul 11 malam, 1 Ogos tahun lalu di rumah bernombor C2, Kampung Pahang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Lie Haa turut membuat pengakuan tidak bersalah atas empat pertuduhan pilihan iaitu didakwa hidup daripada hasil persundalan wanita-wanita terlibat pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut seksyen 372A Kanun Keseksaan.

Hakim Norita membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan kes disebut semula pada 19 Januari untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Pemerdagangan Manusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain