suria

Viral Gambar Tikus Dalam Rak Makanan

PETALING JAYA: Gambar seekor tikus dalam rak makanan panas di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kelana Jaya telah menjadi viral.

Gambar tersebut, yang tersiar di laman Facebook menunjukkan seekor tikus berada di atas rak makanan bersama sosej dan bebola ikan yang dijual di 7-Eleven, Kelana Centre Point.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 2 Januari lalu.

7-Eleven Malaysia memberi maklum balas terhadap posting viral itu pada Jumaat, memberi jaminan bahawa isu ini adalah satu insiden terpencil.

"Anda harus yakin bahawa, ini adalah kes terpencil memandangkan kami mempunyai audit pengesahan jaminan kualiti dan sentiasa melakukan langkah-langkah kawalan perosak untuk mengelakkan kejadian seperti itu," katanya di laman Facebook.


Syarikat itu juga telah menjalankan siasatan dalamannya sendiri dan telah bekerjasama dengan pejabat Kementerian Kesihatan bagi daerah Petaling.

"Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan adalah amat penting kepada kami," katanya.

Ia menambah bahawa tindakan yang betul akan diambil untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berulang.

Artikel Lain