Zaid Ibrahim Sedia Bertanding PRU-14 - Semasa | mStar

Zaid Ibrahim Sedia Bertanding PRU-14

Zaid Ibrahim.

JOHOR BAHRU: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata akan mempertimbangkan hasrat itu jika parti pembangkang, selain PAS menawarkan peluang untuk menyertai mereka.

"Saya mungkin akan bertanding di Kota Bharu atau Johor Bahru untuk kerusi Parlimen," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ditanya tentang parti yang akan disertainya, Zaid berkata, satu pengumuman tentang perkara itu akan dibuat apabila tiba masanya.

"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini berbeza dengan sebelum ini dan pengundi perlu menggunakan hak serta membuat keputusan bijak untuk mengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2004, Zaid memenangi kerusi Parlimen di Kota Bharu di atas tiket Barisan Nasional.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008 tetapi meletak jawatan setahun kemudian untuk menyertai PKR.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April 2010, Zaid diletakkan sebagai calon PKR tetapi tewas kepada Datuk P. Kalamanathan dari Barisan Nasional.

Beliau meninggalkan PKR setahun kemudian untuk membentuk Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Zaid Ibrahim

Artikel Berikut

Dua Lelaki Didakwa Bunuh Rakan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara