suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Didakwa Bunuh Rakan

PETALING JAYA: Seorang pelajar kolej dan pekerja pendawaian didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan membunuh rakannya menggunakan topi keledar dan wayar kabel, Disember tahun lalu.

V. Veeliam, 20, dan R. Yogendran, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama dengan niat membunuh S. Araaven, 19, seorang penganggur, di hadapan Pangsapuri Jati 2, Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, di sini pada 1.25 pagi, 20 Disember tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala Yogendran diwakili peguam S. Gabriel dan Veeliam tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan bedah siasat. - BERNAMA

Bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain