suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain JDT Kemalangan, Seorang Penunggang Motosikal Maut

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta dipandu pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di KM15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir, Serom, dekat Tangkak, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam, namun, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan, 23, yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berusia 30an tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuat pusingan menuju ke jalan utama.

"Pada masa sama, terdapat sebuah kereta jenis Audi S5 yang datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu berlaku rempuhan," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Fazly

Mohad Idris berkata mangsa yang berasal dari Taman Serom, Tangkak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis sudah mendapatkan keterangan dari Muhammad Fazly dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, Muhammad Fazly dalam perjalanan ke Plaza Tol Bukit Gambir dari kampungnya di Serom untuk pulang ke Johor Bahru.


Artikel Lain