suria

Banjir: Hanya Tiga Buah Sekolah Di Terengganu Ditutup Esok

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terenganu membantu membersihkan kelas mereka yang terjejas akibat banjir ketika mengadakan gotong-rotong, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Hanya tiga buah sekolah ditutup esok, iaitu dua di Setiu dan satu lagi di Hulu Terengganu ekoran situasi banjir yang semakin pulih di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Katanya lapan daripada 11 sekolah yang ditutup hari ini boleh memulakan sesi persekolahan 2017 esok apabila laluan ke semua sekolah berkenaan yang ditenggelami air sudah surut dan boleh dilalui semua kenderaan seperti biasa.

"Dua sekolah di Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut masih perlu ditutup esok kerana laluan ke sekolah tidak boleh dilalui setelah ditenggelami air manakala SK Sungai Las pula masih ditakungi air.

"Sebuah sekolah di Hulu Terengganu yang ditutup esok, ialah SK Getang kerana baru sahaja dinaiki air semula sebentar tadi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penangguhan sesi persekolahan itu melibatkan 50 murid dan 13 guru (SK Sungai Las), 116 murid dan 18 guru (SK Kampung Besut) serta 27 guru dan 151 murid (SK Getang).

"Kita berharap banjir di Terengganu segera pulih agar sesi persekolahan berjalan lancar dan tiga sekolah yang ditutup esok dapat dibuka secepat mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain