suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Ekspres Terbakar, 26 Penumpang Selamat

KUCHING: Sebuah bas ekspres yang membawa 26 penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bas Kuching Sentral ke Sibu terbakar dalam kejadian di KM 30 Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, kira-kira 100 kilometer dari sini, Isnin.

Bagaimanapun bas milik Syarikat MTC Express yang terbakar 80 peratus itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada 2.57 petang, sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Serian digerakkan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai bomba tersebut pada 3.28 petang.

Katanya, bagaimanapun operasi pemadaman telah dilakukan oleh pasukan Bomba Sukarela Balai Ringin yang tiba ke lokasi pada jam 2.30 petang, setelah menerima panggilan daripada orang awam.

"Pasukan tersebut telah bertindak dengan membentang satu aliran hos 300 kaki, pam angkut dan sumber air terbuka sehingga kebakaran dapat dikawal dan operasi tamat pada 3.50 petang," katanya.

Beliau berkata pemandu bas yang melecur di tangan dan telinga dihantar ke klinik kesihatan Balai Ringin untuk rawatan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain