MRT Sungai Buloh-Kajang Mula Beroperasi - Semasa | mStar

MRT Sungai Buloh-Kajang Mula Beroperasi

Laluan fasa pertama MRT yang melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer sudah mula beroperasi pada jam 6 pagi Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang menjadi tambahan baharu kepada mod pengangkutan awam di negara ini memulakan operasinya pada pagi Jumaat.

Laluan fasa pertama yang melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi pada pukul 6 pagi Jumaat.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan perkhidmatan ini pada Khamis berkata, projek ini dapat dilaksanakan dengan kos kira-kira RM21 bilion berbanding kos sasaran RM23 bilion pada peringkat awalnya.

Pada majlis pelancaran yang bersejarah itu, perdana menteri turut mengumumkan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai 16 Januari 2017 sebagai hadiah kepada rakyat bersempena sambutan Tahun Baharu 2017.

"Ia bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien ini," katanya.

Menyifatkan projek MRT itu begitu dekat dengan hati beliau, Najib berkata, ia mempunyai segala ciri yang menjadi teras kepada pentadbiran beliau iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, beliau mendengar keluh kesah rakyat dalam menangani permasalahan kesesakan lalu lintas, khususnya di Lembah Klang.

"Saya tidak mahu slogan ini menjadi retorik politik tanpa ada pengisian...sebab itu, kerajaan ingin menjadikan pengangkutan awam sebagai prioriti tertinggi," katanya.

Najib berkata projek MRT itu juga memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada kerja pembinaan, penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah, produktiviti dan penjimatan masa rakyat.

Katanya, projek berkenaan juga berjaya menganugerahkan 50 peratus daripada jumlah nilai kontrak kepada syarikat bumiputera, melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan di peringkat awal.

Dalam pada itu, Najib yakin Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad sebagai pengendali perkhidmatan MRT sudah cukup bersedia memainkan peranan berdasarkan pengalaman luas dalam mengendalikan perkhidmatan LRT, Monorel dan bas-bas di Lembah Klang serta lokasi lain di negara ini.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai 2017.

MRT , MRT operasi , fasa pertama MRT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beradik Ditemui Lemas Di Sungai Balak

Artikel Berkaitan

MRT Corp Perjelas Nilai Kos Projek

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain