suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Kelantan Sedia Insurans Pengayuh Beca

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyediakan skim perlindungan insurans kepada pengayuh beca di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata skim perlindungan insurans itu bagi menghargai usaha gigih golongan pengayuh beca menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan pelancong.

"Kita akan berbincang dengan pihak insurans kerana faktor umur mereka, memandangkan usia (kebanyakan) pengayuh beca adalah 55 tahun dan ke atas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Bersama Pengayuh Beca di Gelanggang Seni di sini, Khamis.

Md Anizam berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pengusaha hotel bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan beca kepada pelancong dalam usaha meningkatkan pendapatan pengayuh beca.

"Usaha kerajaan negeri ini juga bertujuan menarik minat golongan muda untuk meneruskan kerjaya sebagai pengayuh beca yang semakin berkurangan," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan beca bermotor dan perbincangan akan diadakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.-- Bernama


beca, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain