Tambang Percuma MRT Sungai Buloh-Semantan Selama Sebulan: PM

SUNGAI BULOH: Pengguna perkhidmatan rel Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menikmati tambang percuma apabila ia dibuka kepada orang ramai pada Jumaat.

Mengumumkan berita gembira itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengguna boleh menikmati perkhidmatan MRT Fasa Pertama ini termasuk bas pengantara secara percuma sehingga 16 Januari tahun depan.

Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari 2017.

Bermula pukul 6 pagi Jumaat, 12 stesen MRT dalam projek Fasa Pertama akan mula beroperasi.

Ia melibatkan Stesen Sg Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Kira-kira 120 bas pengantara akan ditempatkan di 26 laluan menuju ke 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan yang juga Fasa Pertama perkhidmatan rel MRT.

Untuk permulaan, 24 tren akan digunakan bagi menghubungkan 12 stesen dengan jarak sejauh 21 kilometer yang beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga tengah malam.

Setiap tren terdiri daripada empat gerabak dan berukuran 89 meter yang berupaya menampung kapasiti 1,200 penumpang.

Fasa Kedua Laluan SBK dijadualkan beroperasi pada Julai 2017 dengan 19 lagi stesen menghubungkan laluan Semantan dan Kajang.

MRT SBK, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain