suria

Dua Beradik Penjenayah Dicekup

IPOH: Dua beradik yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes curi di sekitar bandar ini akhirnya diberkas apabila foto mereka menjadi viral.

Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sepasukan anggota polis dari balai polis Pasir Putih berjaya mengesan adik beradik itu di kediaman mereka di Kampung Pasir Putih di sini, Isnin.

"Kami menemui motosikal yang digunakan pasangan adik beradik itu ketika melarikan diri selepas melakukan jenayah," katanya sambil menambah motosikal itu milik bapa mereka.

Siasatan mendapati, adik beradik berusia 28 dan 29 tahun itu terlibat dalam 20 kes yang dilaporkan di Pasir Putih, Pasir Pinji, Simpang Pulai dan Kampung Rapat tahun ini.

"Mereka mencuri bateri kereta, kasut, barang logam di kawasan perumahan sebelum menjual semula di kedai terpakai atau pengumpul besi.

"Dua beradik ini biasanya akan melakukan jenayah pada waktu siang apabila penghuni rumah bekerja," katanya.

Kedua-duanya telah ditahan dan direman sehingga 23 Disember ini.

Kata Chang Keong lagi, mereka juga disahkan positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

Sum Chang Keong, Pasir Putih

Artikel Lain