suria

Jualan Garaj Akhir Tahun ITBM Tawar 1,600 Judul Buku

KUALA LUMPUR: Lebih 1,600 judul buku terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) akan dijual sempena Jualan Garaj Akhir Tahun ITBM yang bermula esok hingga 31 Disember ini.

ITBM dalam kenyataan berkata jualan yang berlangsung selama 16 hari itu menawarkan pembelian buku berharga RM2, RM3 dan RM5 serta diskaun menarik sehingga 18 peratus.

"Selain jualan langsung di perkarangan Wisma ITBM Seksyen 10 Wangsa Maju, ITBM turut menawarkan diskaun sama bagi pembelian secara dalam talian di www.itbm.com.my," kata kenyataan itu.

Jualan itu, menurut ITM, diadakan sebagai galakan kepada masyarakat untuk mendapatkan bahan bacaan bermutu dengan harga berpatutan sempena cuti sekolah sebagai koleksi bacaan, bahan rujukan selain memupuk minat membaca untuk pelbagai peringkat umur.-- Bernama

ITBM, Wangsa Maju

Artikel Sebelum

Artikel Lain