suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Bersenjata Ditembak Mati Di Kunak

KOTA KINABALU: Polis telah menembak mati dua lelaki bersenjata di sebuah ladang di pantai timur daerah Kunak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitternya pada Isnin bahawa kejadian itu berlaku di sebuah ladang di kawasan Ulu Tingkayu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan pertempuran antara polis dan kumpulan penculik di perairan Lahad Datu-Semporna pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun dijadual memberikan maklumat lanjut tentang kejadian tembak di Kunak pada sidang akhbar Isnin.
lelaki bersenjata, tembak mati, Kunak

Artikel Sebelum

Artikel Lain