suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Kilat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Hujan berterusan sejak jam 2 pagi, Selasa, telah menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan rendah di negeri ini.

Kawasan yang terlibat adalah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata, longkang yang tersumbat telah memburukkan lagi keadaan.

"Bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan, namun kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya, sambil menambah  tiada jalan utama ditutup.

Jabatan Meteorologi Negeri meramalkan hujan lebat sehingga petang Selasa.
banjir kilat, JPAM

Artikel Lain