suria

18 Ditahan Di Kawasan Sekat Pembalakan Haram Gua Musang

-foto Mohd Fauzi Mohd Azmi
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 18 Orang Asli telah ditahan di Simpang Petir, Gua Musang, lokasi di mana mereka telah membina sekatan untuk membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Balah.


Peguam dan aktivis Siti Kasim berkata sembilan daripada mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis di Gua Musang.

Mereka adalah Azmi Badul, Ayel Ajib, Majid Along, Yusmab Andok, Alang Along, Arif Pandak, Angah Tegau, Radi Uda dan Manglo Tegau dari kumpulan suku Temiar.

Jamil Gabon, Johari Alang, Saharom Mohamad, Bahari Angah, Ismadi Adek, Malik Along dan Rais Sudin adalah antara mereka yang ditahan kemudian.


Siti Kasim berkata mereka yang ditahan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penangkapan itu.

Terdahulu pada Selasa, polis dan pegawai Jabatan Perhutanan telah memasuki kawasan itu untuk 'membuka' sekatan yang dibina oleh kira-kira 200 penduduk Orang Asli.

Artikel Sebelum

Banjir Kilat Di Terengganu

Artikel Berikut

Artikel Lain