suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM5 Juta Baik Pulih Kawasan Tanah Runtuh Di Serendah - Azmin

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tiga,kanan) ketika melawat perkembangan terkini kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, Selasa. Kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi tujuan membaik pulih kawasan itu. -fotoTHESTAR
HULU SELANGOR: Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini Sabtu lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan  dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.

Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.

"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.

Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.

Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.


Artikel Lain