suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rohingya: Anifah Akan Adakan Pertemuan Dengan Aung San Suu Kyi

Datuk Seri Anifah Aman
GEORGE TOWN: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi berhubung penghapusan etnik Rohingya yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di negara itu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia meminta kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut.

Katanya seorang pegawai kanan Wisma Putra telah mengadakan perjumpaan dengan duta besar Myanmar untuk menyampaikan keprihatinan Malaysia tentang keadaan di Myanmar itu.

"Kami akan dapatkan tarikh paling cepat untuk pertemuan itu bagi membincangkan isu Rohingya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Konsul Asia Timur Ficac keempat di sini Selasa.

Jumaat lepas, kira-kira 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar di sini bagi membantah kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di negara itu.

Mengenai persidangan itu, Reezal menasihati konsul kehormat supaya melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan tentang politik antarabangsa agar mereka lebih faham tentang sesebuah negara.

Artikel Lain