suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Serbu Pejabat Empower

PETALING JAYA: Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Seksyen 4 di sini diserbu pihak polis pada Isnin.

Menurut Twitter pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, sekumpulan 10 pegawai polis tiba di pejabat Empower kira-kira pukul 1 tengah hari dan mengunci diri mereka dari dalam.

Menurut mereka tiada sebab diberikan berhubung serbuan itu.

"Polis tidak membenarkan peguam ke pejabat kami dan telah menutup semua tingkap dengan kertas supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang mereka lakukan," kata NGO itu menerusi Twitter.

Empower adalah sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain