suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPJ Nafi Kenaikan Harga Cukai Jalan

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan terdapat pengumuman kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan semua jenis berkuasa 880cc dan ke atas bermula Januari tahun depan.

"Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial dan aplikasi Whatapps baru-baru ini.

"JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam," jelas jabatan itu menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Khabar angin tersebut tersebar awal hari yang sama dengan dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus.

JPJ menasihatkan orang awam agar tidak percaya dengan maklumat dalam laman sosial dan perlu mendapatkan penjelasan pihak berkuasa daripada menyebarkan informasi yang tidak sahih.

Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, LKM

Artikel Sebelum

Kos Haji Kekal - Jamil Khir

Artikel Berikut

Artikel Lain