suria

Remaja Hilang Hampir 11 Jam Ditemukan Selamat

Aiman (baring) selamat ditemukan oleh anggota penyelamat pagi 26 November 2016.

GEORGETOWN: Seorang remaja berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang hampir 11 jam ketika keluar memancing, ditemukan selamat di sebuah batu besar di Balik Pulau.

Aiman Mansor yang terkandas di batu tersebut, kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas ditemukan pukul 11.48 pagi Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau menerima laporan tentang kehilangan tersebut seleaps Aiman hilang di Pasir Panjang, Pulau Betong dekat Balik Pulau.

"Polis memaklumkan kepada kami bahawa mangsa yang dinamakan Aiman hilang ketika memancing.

"Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di kawasan sekitar selain kawasan pesisiran pantai.

"Tepat pukul 11.48 pagi, kami menemukan mangsa terkandas di batu besar, kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjatuh.

"Kami dimaklumkan bahawa mangsa berenang ke arah batu itu sebelum ditemukan pasukan penyelamat," katanya.

Remaja, Hilang

Artikel Berikut

Artikel Lain