suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Gangguan Sementara Bekalan Air Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran insiden tanah runtuh di Jalan Utama Serendah Idaman yang menyebabkan paip air pecah.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata  kawasan yang terlibat adalah Desa Melor, Desa Anggerik, Taman Idaman, Kampung Orang Asli Serendah dan Pusat Serenti Serendah.

"Kerja-kerja pembaikan paip pecah sedang giat dijalankan. Jangka masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini. Walau bagaimanapun, segala usaha sedang dilaksanakan untuk menyalurkan bekalan air alternatif," menurut kenyataan itu.

Bantuan bekalan air sedang dihantar melalui lori tangki ke kawasan terlibat selain tangki air statik juga telah dibekalkan di penempatan sementara.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak>Nama dan Alamat.

Pengguna juga boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan melalui www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar "mySyabas", Facebook "Puspel Syabas" atau "Air Selangor".  -BERNAMA

Tanah Runtuh, Serendah, Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain