suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolak Kepercayaan Ilmu Hitam - Najib

PUTRAJAYA: Golongan ibu bapa yang memilik anak autisme perlu menolak kepercayaan yang mengaitkan ilmu hitam, sama ada menjadi punca atau rawatan terhadap kekuranganya yang dimiliki oleh anak masing-masing, demikian saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, kepercayaan sedemikian akan menyebabkan mereka enggan menerima rawatan moden yang lebih berkesan untuk golongan istimewa itu.

Mengimbas kembali lawatan ke pusat kanak-kanak autisme, Najib berkata, beliau mendapati bilangan pesakit yang mengunjungi kemudahan yang disediakan kerajaan itu tidak mencapai jumlah yang disangka seperti dinyatakan oleh pengarah pusat rawatan tersebut.

"Saya dimaklumkan bahawa ramai ibu bapa percaya anak mereka terkena buatan orang.

"Ini bermaksud golongan ibu bapa masih percaya bahawa penyakit (atau keadaan) tersebut berpunca akibat ilmu hitam, sekali gus mereka tidak yakin terhadap keupayaan sains dan rawatan moden," katanya.

Najib berkata demikian ketika melancarkan program kesihatan masyarakat Sunathon Perdana di Masjid Putra di sini pada Sabtu. - BERNAMA


Najib Tun Razak, Austime

Artikel Sebelum

Artikel Lain