ASEAN Perlu Bertindak Kekang Penindasan Etnik Rohingya - KLFCW - Semasa | mStar

ASEAN Perlu Bertindak Kekang Penindasan Etnik Rohingya - KLFCW

KUALA LUMPUR: Yayasan Kala Lumpur untuk Menjenayahkan Perang (KLFCW) menyaran agar ASEAN mengenakan tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi mengambil langkah perlu terhadap laporan atrokasi ke atas masyarakat Islam di negeri Rakhine.

Setiausaha Agung KLFCW, Yaacob Hussain Merican berkata mereka mengecam  dakwaan mengenai layanan buruk dan tekanan buruk terhadap masyarakat Rohingya sehingga mengakibatkan banyak kehilangan nyawa dan penempatan.

"Kami menyeru ASEAN agar segera memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentikan pelanggaran hak asasi manusia dan mengangkat sekatan ke atas bantuan kemanusiaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata KLFCW juga mahu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertemu ikon demokarasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ketua tentera Myanmar untuk mengakhiri layan buruk ke atas masyarakat  Rohingya.

KLFCW kesal dengan Suu Kyi yang gagal menangani keadaan tersebut malah enggan menggunakan terma Rohingya. 

Sehingga 2014, kira-kira 140,000 orang daripada 1.1 juta etnik Rohingya terpaksa berteduh di lebih 80 kem pelarian sementara selepas lari meninggalkan rumah mereka akibat diserang di Myanmar.

Yaacob Hussain berkata KLFCW juga menggesa PBB untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat soal pelanggaran hak manusia tersebut. - BERNAMA

Rohingya. KLFCW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit