SAR: Guna Helikopter Kesan Pendaki Malaysia Hilang Di Iran - Semasa | mStar

SAR: Guna Helikopter Kesan Pendaki Malaysia Hilang Di Iran

Gunung Damavand.

KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran, kini diteruskan menggunakan helikopter yang mampu terbang sehingga ketinggian melebihi 3,000 meter dari paras laut di pergunungan itu.

Resul Sapar, 55, rakan baik kepada pendaki yang hilang itu, berkata helikopter tersebut akan mencari dua pendaki terbabit di sekitar gunung Damavand dan akan mendarat di bahagian timur untuk menyambung pencarian di daratan.

"Helikopter yang membawa pasukan SAR digunakan untuk mengenal pasti kedua-dua pendaki yang hilang dengan mengambil gambar dari udara untuk dianalisa.

"Pasukan SAR juga diturunkan di atas gunung bagi mencari mereka. Ketika ini misi SAR dipecahkan kepada dua kumpulan yang meneruskan pencarian di kawasan timur dan barat gunung itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp,Jumaat.

Ditanya perkembangan terkini mengenai operasi berkenaan, Resul berkata setakat ini masih tiada perkembangan lain daripada pasukan penyelamat. 

Resul berkata setakat ini, cuaca di Iran dilaporkan cerah manakala pasukan SAR yang terlibat dalam misi tersebut terdiri dua pakar pendakian dari Iran.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid,34, dilaporkan hilang di gunung berkenaan sejak Ahad lepas, selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. -Bernama

Pendaki hilang , Iran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Agong cari penyelesaian terbaik