suria

Insiden Kekecohan Tiada Kaitan Dengan Umno - Tengku Adnan

Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) bersama Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika sidang media Perhimpunan Agung Umno 2016 di ibu pejabat Umno pada Jumaat. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Insiden kekecohan di perkarangan Parlimen pada Khamis tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Umno, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, kepimpinan parti juga tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubunginsiden yang membabitkan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad itu.

"UMNO tidak menyokong apa-apa tindakan yang berunsur kepada pergaduhan atau pertelingkahan sebaliknya parti ini mendukung dan mempertahankan Perlembagaandan perundangan yang ada," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Namun demikian, Tengku Adnan berkata Umno memandang serius terhadap sikapanggota Parlimen yang menggunakan perkataan kesat dan memberikan gelaran berbaur negatif sehingga mengundang kemarahan kepada anggota Parlimen yang lain. 

Umno menyelar tindakan sedemikian yang dianggap tidak rasional dan tidakmatang malah bertentangan dengan etika serta sikap selaku wakil rakyat, katanya.

Dalam insiden kekecohan tersebut, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan cuba diserang sekumpulan individu.

Setakat ini pihak polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden itu. -Bernama

Tengku Adnan, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain