suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Lelaki Diberi Masa Sehingga Pukul 2 Petang Ini Untuk Serah Diri

KUALA LUMPUR: Seramai 10 lelaki yang terlibat dalam kekecohan di Parlimen mempunyai masa sehingga pukul 2 petang Jumaat untuk menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka mengetahui identiti dan lokasi individu tersebut dan amat penting mereka perlu menyerah diri secepat mungkin.

"Kami perlu melindungi kesucian Parlimen," katanya pada sidang media selepas majlis penganugerahan pangkat untuk beberapa pegawai kanan di Bukit Aman pada Jumaat.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kami juga akan menyiasat buku log memasuki Parlimen," katanya.

Khalid turut memberi amaran keras terhadap mereka yang melanggar undang-undang termasuk yang menimbulkan kekecohan di Parlimen.

"Malah, saya sudah bosan dalam memberikan amaran. Tindakan akan diambil.

"Mereka yang melanggar undang-undang mesti bersedia untuk menerima akibat atas tindakan tersebut," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain