Berita Kematian Seorang Lagi Mangsa Dera Tidak Benar - Semasa | mStar

Berita Kematian Seorang Lagi Mangsa Dera Tidak Benar

MAYAT kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemukan di dalam tong di Flat Paya Nahu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat pada 24 November 2016. - BERNAMA

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini dan berada dalam keadaan stabil.

Sehubungan itu, maklumat yang diviralkan oleh seorang daripada pemilik akaun Facebook yang mengatakan kanak-kanak itu meninggal dunia pagi tadi adalah tidak benar dan sangat dikesali.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata beliau dimaklumkan Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani bahawa kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad kanak-kanak HSAH.

"Berita itu tidak benar kerana saya juga dimaklumkan oleh Ketua Jururawat Kanan Wad Kanak-Kanak di situ, mangsa masih mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil," katanya dalam kenyataan di sini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memviralkan sesuatu perkara yang tidak sahih terutama yang melibatkan kematian kerana boleh mengganggu perasaan anggota keluarga dan mereka yang bersimpati dengan kejadian itu.

Pada Khamis, Dr Norhizan mengesahkan kanak-kanak perempuan itu didera ekoran terdapat beberapa kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa, namun secara keseluruhannya keadaan mangsa stabil dan berada di bawah pemerhatian pakar.

Dalam kejadian 1.25 pagi itu, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik dalam rumah terbabit.

Kanak-kanak itu dipercayai mati didera pada 9 November lepas dan turut didera kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih dirawat di HSAH.

Ekoran kejadian itu, polis menahan kedua-dua suspek iaitu ibu kepada dua beradik itu dan teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi di flat berkenaan dan mereka di dapati positif dadah amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera. - BERNAMA

Dera , Flat Paya Nahu

Artikel Sebelum

"Saya Setia 101 Peratus" - Zahid Hamidi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?