suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tourist Guide Platform Mesra Pelancong

KUALA LUMPUR: Melancong kini menjadi lebih mudah menerusi laman web Tourist Guide, yang dilancarkan, pada Khamis.

Pengasas Tourist Guide, Devan Kumar berkata, platform ini mempunyai kelainan tersendiri berbanding laman web pelancongan yang lain.

"Perbezaannya adalah kami mempunyai kelab pelancong dimana ahli yang berdaftar akan berkumpul dibawah satu bumbung.

"Dengan rangkaian data ini, pelancong dapat berhubung dengan pelancong yang lain, serta dapat mengumpul mata apabila melancong," jelasnya pada pelancaran touristguide.com.my di sini, Khamis.

Tambahnya, pendaftaran keahlian  adalah percuma dan mereka berpeluang menebus pakej percutian menerusi mata yang terkumpul.

Selain itu, katanya, buat masa ini pihaknya tumpu kepada pasaran tempatan sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

"Kami sasar seramai 100,000 ahli di Malaysia sebelum meluaskan platform ini kepada negara lain. Setakat ini kami mendapat sambutan yang menggalakkan," katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Persekutuan, Mohd Akbal Setia, Tourist Guide merupakan laman web pelancongan yang mempunyai tarikan yang tersendiri.

"Ini merupakan satu initiatif yang bagus, dan ia adalah laman web yang unik dengan sistem yang mudah difahami orang ramai yang merancang untuk melancong," katanya.

Tourist Guide menawarkan perkhidmatan tempahan hotel, penerbangan dan pakej pelancongan tempatan dan luar negara.

Tourist Guide, Tourism Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain